Elaun RM800 untuk pelajar latihan industri di GLC - PM

Elaun RM800 untuk pelajar latihan industri di GLC – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat milik kerajaan (GLC) akan menerima elaun perantisan minimum RM800 sebulan.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut bagi mengurangkan beban ditanggung pelajar yang tidak mempunyai sumber pendapatan selain bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.

Beliau berkata, syarikat swasta juga diseru mempertimbang langkah sama terhadap pelajar latihan industri.

“Kalau datang dari keluarga miskin, sudahlah baru habis belajar, tiada lagi pinjaman atau dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024, di sini hari ini.

Isu bayaran pelajar praktikal sebelum ini menjadi polemik susulan laporan mengenai seorang penuntut universiti awam menyuarakan kebimbangan untuk bertahan sepanjang menjalani latihan industri.

Menurut laporan, seorang penuntut wanita itu menyifatkan mereka bukan buruh percuma serta menyuarakan pandangannya selepas melihat permohonan latihan industri menawarkan elaun dengan jumlah yang kecil dan malah ada yang tidak memberi elaun langsung.

Susulan itu, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan akan meneliti isu bayaran atau elaun rendah kepada pelajar IPT yang menjalani latihan industri.

Menurut Menterinya, V. Sivakumar, secara prinsipalnya, beliau tidak bersetuju dengan situasi berkenaan dan akan memberi perhatian serius dan ia sudah dibangkitkan dalam International Labour Conference (ILC) supaya memberi pertimbangan sewajarnya di seluruh dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya