Edisi kedua Kronos Tranung Junior Cup lebih besar, dibuka semua negeri

Edisi kedua Kronos Tranung Junior Cup lebih besar, dibuka semua negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjuran edisi kedua Kejohanan Kronos Tranung Junior Cup lebih besar dan mencabar dengan penyertaannya dibuka kepada 32 pasukan dari seluruh negara.

Kejohanan tahunan bawah 12 tahun itu bakal berlangsung di Padang KTC Arena, Batu Buruk, Terengganu pada 28 Oktober ini dengan yuran penyertaan sebanyak RM350 untuk setiap pasukan.

MOHD. YUSRAN MAT SHARIF

Duta Kronos yang juga penaung Kronos Tranung Soccer Akademi ( KTSA), Mohd. Yusran Mat Sharif berkata, penyertaan tahun ini dibuka kepada pasukan dari seluruh negara berbanding tahun lepas yang menerima penglibatan dari negeri-negeri Pantai Timur.

“Tahun ini kami terima penglibatan dari negeri lain kerana semasa penganjuran kejohanan edisi sulung, kami menerima banyak permintaan daripada akademi-akademi bola sepak di luar negeri ini seperti Kuala Lumpur dan Johor.

“Jadi kami berbincang dengan pihak pengurusan untuk membuka lebih banyak penyertaan dan meliputi semua negeri bagi membolehkan mereka bertanding merebut kejuaraan,” katanya ketika dihubungi. 

Menurut Mohd. Yusran, selain  untuk pembangunan bakat-bakat muda dan mendedahkan suasana pertandingan yang sihat, objektif kejohanan tahun ini adalah untuk mempromosi serta menarik orang luar berkunjung ke Terengganu.

“Kami bercadang bergabung dengan pihak pelancongan negeri Terengganu dan Kementerian Belia dan Sukan untuk berbincang bagaimana untuk mempromosi Terengganu melalui kejohanan ini. 

“Apabila bergabung dengan dua pihak tersebut  menjadi lebih menarik dan banyak aktiviti yang dapat kami lakukan,” katanya. 

Menurut beliau, setakat ini terdapat dua penaja utama iaitu KTSA dan KTC Arena. 

“Jika dapat penambahan penaja, kami cuba membuka lebih banyak penyertaan dengan ditawarkan kepada kategori bawah lapan tahun dan 10 tahun,” katanya.

Akademi bola sepak atau mana-mana pasukan yang berminat menyertai Kejohanan Kronos Tranung Junior Cup boleh menghubungi Coach Hairy di talian 019-7027381. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya