Dua nelayan hilang di perairan Sungai Besar - Utusan Malaysia

Dua nelayan hilang di perairan Sungai Besar

Nelayan hilang
ANGGOTA bomba menjalankan operasi mencari mangsa di sekitar perairan Sungai Besar, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Dua lelaki nelayan termasuk seorang warga tempatan berusia 67 tahun dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas dalam kejadian kira-kira pukul 4.24 petang  di sekitar Muara Sungai Haji Dorani, Sungai Besar di sini, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan bagi membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Katanya, sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai dikerah dalam operasi berkenaan.

“Berdasarkan laporan awal, terdapat dua nelayan dipercayai hilang di perairan tersebut. Anggota bomba dan Maritim Malaysia sedang mempergiatkan usaha pencarian mangsa,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Tambah beliau, pihaknya turut membuka Pusat Kawalan Bomba (PKB) di lokasi kejadian.

Difahamkan, kejadian itu disedari ahli keluarga mangsa dan identiti seorang daripada mereka belum dikenal pasti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya