Dua mangsa tragedi kepala air carum Perkeso - Utusan Malaysia

Dua mangsa tragedi kepala air carum Perkeso

V. Sivakumar (lima dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada majikan yang menyertai Karnival Kerjaya MyFutureJobs di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua daripada 10 mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman pada Sabtu lalu merupakan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan layak mendapat sumbangan yang disediakan.

Menteri Sumber Manusia, V.  Sivakumar berkata, Perkeso akan menyalurkan semua sumbangan yang sepatutnya diterima oleh waris dalam masa terdekat.

“Perkeso telah membuat semakan (selepas berlakunya tragedi kepala air) dan mendapati dua daripada mangsa itu mencarum dengan Perkeso.

“Kakitangan Perkeso telah mengunjungi rumah mangsa yang terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada waris yang ada dan bantuan akan disampaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di sini, hari ini.

Difahamkan, dua mangsa tersebut iaitu Karim Abdullah, 39, bekerja sebagai pemandu jengkaut manakala Muhammad Fikri Saliman, 24, pula bekerja sebagai pembantu kedai makan di Johor.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 hingga 6 petang pada Sabtu lalu, sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Pahang dan bakal menantu ahli keluarga itu dari Batu Pahat, Johor dihanyutkan kepala air berikutan hujan lebat berlaku.

Lapan mangsa telah ditemukan sejak Ahad iaitu Karim dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta empat anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya,10, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4. 

Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, dan adik tirinya, Putri Alleya Maisarah, 16, pula ditemukan  pada Selasa.

Sementara itu, pasukan penyelamat yang menyertai operasi SAR hari ini menemukan mayat kesembilan tragedi itu, namun identiti mayat berkenaan belum dapat disahkan.

Dua mangsa yang belum ditemukan ialah Muhammad Fikri, dan seorang lagi yang belum ditemukan, Putri Nur Fatin Karim, 14. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya