Dr. Salmee yakin pertahan Kota Siputeh disebalik gelombang PN - Utusan Malaysia

Dr. Salmee yakin pertahan Kota Siputeh disebalik gelombang PN

SALMEE Said (kiri) membantu memasukkan bubur Asyura ke dalam bekas sewaktu turun padang ke Kampung Padang Gelanggang, Sanglang, Kedah hari ini.- UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERLUN: Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Dr. Salmee Said yang juga penyandang yakin mempertankan kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

Katanya, keyakinan tersebut adalah berlandaskan kepada perkhidmatan yang telah disampaikan beliau sepanjang tempoh lima tahun menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.

Dalam masa sama, krisis dalaman membabitkan calon Perikatan Nasional (PN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama calon Bebas di kawasan berkenaan juga bakal memberi kelebihan kepadanya.

“Calon PN yang diketengahkan itu adalah orang luar malah dia juga baru saja datang ke kawasan ini menjelang PRN.

“Manakala calon Bebas pula memang merupakan anak tempatan yang juga Ketua Bersatu Bahagian Jerlun, tapi apabila dia tidak ditawarkan untuk bertanding atas tiket PN, maka pihak berkenaan telah melakukan protes dengan bertanding sendiri dan dijangka akan tarik sebahagian daripada undi itu.

“Jadi di sini, saya merasakan kelebihan itu akan lebih berpihak kepada saya yang merupakan penyandang kerusi berkenaan,” katanya ketika ditemui di Kampung Padang Gelanggang, Sanglang di sini hari ini.

Dalam misi mempertahankan DUN Kota Siputeh. Salmee bakal berdepan saingan tiga penjuru membabitkan calon PN, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir dan Bebas, Abdul Ramli.

Dalam pada itu, Salmee berkata, beliau juga tidak gentar dalam mendepani gelombang PN memandangkan rakyat dan pengundi dapat menilai sendiri perkhidmatannya di DUN berkenaan sebelum ini.

“Menang atau kalah kita tetap reda kerana apa yang penting adalah untuk membantu rakyat di kawasan ini yang kebanyakkan adalah daripada golongan B40,” katanya.

Pada PRU14, DUN Kota Siputeh dimenangi oleh Salmee dengan majoriti 1, 467 undi dalam pertembungan tiga penjuru menentang Mohd Rejab Md Akhir (Pas) dan Ahmad Azhar Abdullah (BN).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya