Dengki, iri hati? Saya tak risau – Izzue Islam - Utusan Malaysia

Dengki, iri hati? Saya tak risau – Izzue Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

2023 menyaksikan wajah pelakon dan pengacara, Izzue Islam meriah menghiasi layar kaca.

Sudah namanya rezeki, dia kekal relevan biarpun mengambil keputusan untuk bergerak solo.

Namun di sebalik kemeriahan dan rezeki yang melimpah, ada pula cakap belakang kononnya dia kini bergelar anak emas sebuah stesen televisyen.

Tambah memanaskan dakwaan tersebut, dia kerap dipilih menjadi pengacara untuk program-program terbitan stesen tersebut.

Tidak cukup itu, dengar cerita ramai sudah panas punggung dan mula menyebarkan pelbagai dakwaan kononnya pelakon Ali Dalam 7 Dimensi itu pandai mengipas sehingga dipilih.

Benarkah dakwaan anak emas tersebut? Adakah Izzue sedar ramai yang mula panas hati dengan rezeki yang dimiliki? Jawablah mendapatkan pengacara itu. Izzue, Jawablah!

Tahun ini sahaja, banyak program televisyen dan drama Izzue yang tular. Memang tuah Izzue tahun ini ya. Nampak gayanya 2023 tahun yang meriah untuk Izzue?

Alhamdulillah, setakat ini, saya boleh katakan 2023 tahun yang agak meriah untuk saya.

Banyak peluang baharu yang saya dapat terutama dalam bidang pengacaraan. Antaranya I Can See Your Voice dan Muzik Muzik.

Ada juga beberapa drama yang tular dan mengundang ‘kebencian’ peminat. Tetapi benci itu tanda sayang. Itu maknanya lakonan saya melekat di hati penonton. Syukur dengan bakat yang Tuhan pinjamkan.

Tetapi dalam kemeriahan itu, ada yang mendakwa Izzue sekarang jadi anak emas sebuah stesen TV. Hanya terima tawaran daripada stesen tersebut. Kata orang, berstatus eksklusif untuk stesen itu. Komen?

(Ketawa) Tidak sama sekali. Saya bukan anak emas manamana stesen televisyen.

Tidak pernah ada kontrak eksklusif pun dengan stesen televisyen. Mungkin kerana program atau drama itu banyak episodnya, jadi orang ingat saya milik eksklusif stesen televisyen tersebut.

Hakikatnya, saya terbuka untuk menerima tawaran dan bekerja dengan mana-mana stesen televisyen.

Sudah namanya rezeki, saya percaya jika kita ada hubungan yang baik dan cara kerja yang disenangi, Insya-Allah orang akan mudah bekerjasama.

Adakah dakwaan tersebut berpunca daripada rasa kurang senang atau iri hati terhadap kerjaya seni Izzue? Yelah, Dari awal tahun, asyik muka Izzue sahaja bermain di layar kaca?

Alamak, tentang itu saya tidak pasti. Tetapi saya doa itu tidak berlaku. Saya percaya rezeki dan peluang setiap manusia berbeza-beza.

Bila diberi ruang dan peluang, saya tidak mahu mensia-siakannya.

Sebolehnya saya akan beri yang terbaik dan sanggup berhabisan untuk memastikan setiap penampilan itu memberi impak. Tidak kira sebagai pengacara, pelakon atau penyanyi.

Rasanya ini bukan kali pertama Izzue berdepan dakwaan dan khabar angin yang mungkin bertujuan menutup pintu rezeki Izzue. Risau tak jika ada yang mungkin ambil langkah ekstrem, sebar fitnah yang lebih teruk?

Jujur, saya tidak ada perasaan risau itu. Saya yakin dan percaya, Tuhan itu ada untuk melindungi dan menjaga saya.

Dalam industri seni ini, selain kuat semangat kita kena percaya dengan aturan Tuhan, terutama dalam mencari rezeki.

Melihat kepada graf seni Izzue, adakah itu sudah membuatkan Izzue selesa? Atau ada impian lain seperti bergelar pengarah atau penerbit suatu masa nanti?

Kalau hendak kata selesa pun tidak juga. Saya seronok untuk mencuba sesuatu di luar zon selesa.

Tetapi buat masa ini, saya belum terfiikir lagi. Kalau ada rezeki satu hari nanti, saya tidak menolak akan ke arah itu. Tetapi mungkin sebagai penerbit. Pengarah? Mungkin tidak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya