DAP yakin pertahan kerusi DUN Sungai Pelek

DAP yakin pertahan kerusi DUN Sungai Pelek

LIEW Chin Tong (tengah) ketika mengiringi wakil PH, Lwi Kian Keong di Pusat Penamaan Calon Kerusi Sungai Pelek di Bandar Baru Salak Tinggi. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kepimpinan DAP Pusat menyifatkan Sungai Pelek sebagai kawasan paling sengit untuk dimenangi di Selangor, namun tetap optimis mengekalkan kerusi tersebut.

Timbalan Setiausaha Agungnya, Liew Chin Tong berkata, parti berkenaan juga memang menyedari kerusi N.56 itu agak sukar pada persaingan Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Kami akan cuba sedaya upaya untuk menang dan menyerahkan sepenuhnya kepada pengundi untuk memilih calon dikehendaku mereka,” kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian itu selepas mengiringi calon Pakatan Harapan (PH), Lwi Kian Keong ke pusat penamaan PRN di sini hari ini.

Wakil DAP berkenaan seperti diduga ditentang oleh calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Suhaimi Mohd. Ghazali dan juga seorang calon bebas, Datuk Seri Nageswaran Ravi bagi merebut kerusi disandang wakil DAP, Ronnie Liu Tian Khiew, namun tidak dicalonkan semula oleh parti tersebut.

Sungai Pelek yang dibentuk SPR pada 1974 lalu pernah menjadi ‘kubu’ Barisan Nasional (BN) antaranya ialah melalui wakil MCA, Liew Chee Khong ketika PRU ke-11 pada 2004.

Mengulas lanjut, Chin Tong yakin pengundi tegar BN terutama penyokong UMNO tidak beralih sokongan kepada PN meskipun kerusi itu majoritinya ialah masyarakat Melayu.

“Kami sedar 60 peratus penduduk kawasan ini adalah Melayu namun UMNO Bahagian Sepang memberi jaminan bahawa semua ahli parti tersebut mengundi PH,” jelas beliau.

Kerusi berkenaan yang mengandungi lebih 30,000 pengundi berdaftar dengan hanya 20 peratus daripadanya merupakan pengundi Cina dan 14 peratus lagi ialah pengundi India. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya