DAP Perak gesa SPRM siasat penamatan surat hasrat bekal kenderaan kerajaan - Utusan Malaysia

DAP Perak gesa SPRM siasat penamatan surat hasrat bekal kenderaan kerajaan

STEVEN Tiw Tee Siang bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan berhubung penamatan surat hasrat (LOI) bagi membekalkan kenderaan kerajaan di Pejabat SPRM Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: DAP Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berhubung penamatan surat hasrat (LOI) bagi membekalkan kenderaan kerajaan yang didakwa mempunyai elemen rasuah.

Setiausaha DAPSY Perak, Steven Tiw Tee Siang berkata, siasatan terperinci perlu dijalankan bagi melihat sekiranya wujud campur tangan mana-mana pihak bagi kes berkenaan.

“Kami menggesa SPRM agar membuka kertas siasatan terhadap isu ini kerana mempunyai elemen rasuah yang amat kuat.

“Ini kerana, kontrak itu ditamatkan dan diberi kepada syarikat Spanco yang lebih mahal daripada kontrak asal iaitu RM700 juta,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan pejabat SPRM Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, pendedahan Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan jelas menunjukkan terdapat ketidakpatuhan penamatan kontrak oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, syarikat usaha sama (JV) Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza yang ditawarkan kontrak itu merupakan pembida terendah berbanding syarikat lain ketika itu.

“Kenyataan Vincent itu amat jelas mengatakan kontrak pembekalan kenderaan kerajaan ditamatkan tiga bulan selepas langkah Sheraton yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jadi, sekiranya berlaku campur tangan dan unsur rasuah, pihak terbabit perlu diheret ke mahkamah. RM700 juta (yang dibelanjakan kerajaan) adalah jumlah yang besar sedangkan negara sedang mengalami ketidakstabilan ekonomi.

“Tindakan pihak berkenaan amat tidak bertanggungjawab dan sama sekali tidak boleh dipandang remeh,” katanya.

Semalam, Syarikat JV Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza telah memfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan (MoF) kerana menamatkan LOI yang ditawarkan kepada JV itu.

Tan dilaporkan berkata, LOI tersebut ditamatkan tiga bulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mac 2020.

Menurut Tan, bidaan yang dilakukan oleh JV terbabit ketika itu adalah yang paling rendah dalam kalangan semua pembida. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya