Dakwaan murid digigit guru disiasat - Utusan Malaysia

Dakwaan murid digigit guru disiasat

LIM Hui Ying (tengah) ketika mengadakan lawatan di SMK Bagan Jaya, Butterworth, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan insiden seorang murid trauma ke sekolah akibat sering digigit gurunya seperti yang tular di media sosial semalam.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, kejadian seperti itu sekiranya benar tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya telah mengenal pasti hantaran yang dimuat naik ibu murid terbabit untuk tindakan lanjut.

“Kita memandang serius isu ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan dan jika benar ada berlaku kes sebegitu, tindakan sewajarnya akan diambil.

“Kementerian tidak pernah membenarkan perkara seumpama ini berlaku dan langkah pencegahan akan diambil bagi memberi kesedaran kepada murid serta pelajar bahawa ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya, di sini hari ini.

LIM Hui Ying (tengah) ketika mengadakan lawatan di SMK Bagan Jaya, Butterworth, Pulau Pinang hari ini. – Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Beliau mengulas berhubung dakwaaan seorang wanita yang juga ibu murid berusia enam tahun yang mendakwa anaknya digigit guru di sekolah menerusi hantaran di laman sosoal Facebook semalam.

Kata wanita yang menggunakan akaun Eyma Zaideen itu, anaknya selalu bertanya soal cuti sekolah dan wajah anaknya tidak seceria dahulu apabila tiba hari persekolahan.

Malah dakwanya, dia terkejut apabila mengetahui hal sebenar yang berlaku kepada anaknya dengan mendakwa seorang guru lelaki tanpa segan menggigit beberapa anggota badan kanak-kanak tersebut.

Sementara itu, Hui Ying berkata, kes membabitkan seorang pelajar pelajar yang didakwa tertekan akibat dibuli dan mencekik adiknya sehingga mati di Melaka, baru-baru ini masih dalam siasatan.

“Kes ini dalam siasatan pihak polis dan kita juga (KPM) turut menjalankan siasatan sewajarnya terhadap dakwaan buli itu,” katanya.

Sementara itu, pada majlis sama, Hui Ying turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk naik taraf dan penyelenggaraan sekolah terbabit manakala Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng turut menyumbangkan RM200,000 bagi pemasangan alat pendingin hawa di bilik guru sekolah berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya