Dakwaan ketirisan data peribadi Misi Rakyat disiasat

Dakwaan ketirisan data peribadi Misi Rakyat disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) menyiasat dakwaan insiden ketirisan data peribadi laman sesawang Misi Rakyat milik syarikat Bangsa Bertauhid Sdn. Bhd.

Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah memulakan siasatan terhadap insiden tersebut selepas menerima Borang Notifikasi Ketirisan Data (DBN) daripada syarikat Bangsa Bertauhid Sdn. Bhd. pada 10 Julai lalu. 

Sehubungan itu, kata JPDP, pihaknya bekerjasama dengan CyberSecurity Malaysia (CSM) untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan bagi mengenal pasti sekiranya berlaku sebarang pelanggaran di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709]. 

“JPDP memandang serius dakwaan insiden penggodaman laman sesawang Misi Rakyat milik syarikat Bangsa Bertauhid Sdn. Bhd. yang dimuat naik oleh seorang penggodam dalam laman sesawang BreachForums dan aplikasi Telegram pada 3 serta 4 Julai lalu. 

“Berikutan dakwaan tersebut, JPDP telah menerima laporan insiden ketirisan data laman sesawang Misi Rakyat daripada MyCERT, CSM pada 4 Julai. Pada hari  sama, JPDP menghubungi syarikat Bangsa Bertauhid Sdn. Bhd. untuk mendapatkan pengesahan berkenaan insiden dan sampel data yang terlibat. 

“JPDP juga telah mengarahkan syarikat tersebut untuk menjalankan siasatan dalaman dan melengkapkan borang DBN serta JPDP telah memulakan sisatan terhadap insiden ini selepas menerima Borang DBN daripada syarikat tersebut. Pengasas laman sesawang Misi Rakyat juga telah dipanggil untuk hadir ke JPDP bagi prosedur rakaman percakapan pada 13 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan. 

Justeru, JPDP menggesa semua syarikat dan organisasi yang memproses data peribadi dalam transaksi komersial untuk mematuhi Prinsip, Peraturan dan Standard Perlindungan Data Peribadi di bawah Akta 709. 

“Syarikat dan organisasi juga diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika memproses data peribadi bagi mengelak berlakunya insiden ketirisan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya