Dakwaan harga barang dijangka naik, rakyat jangan panik - KPDN - Utusan Malaysia

Dakwaan harga barang dijangka naik, rakyat jangan panik – KPDN

FUZIAH Salleh (tiga dari kanan) ketika pelepasan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 yang diadakan sempena Program Jualan Rahmah Bergerak di pekarangan Masjid Al-Hidayah, Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KEPALA BATAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menasihatkan rakyat supaya tidak panik dengan dakwaan akan berlakunya kenaikan harga barang sehingga 20 peratus bermula bulan depan.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, ini kerana dakwaan atau kenyataan itu dibuat oleh pemain industri, bukannya daripada kerajaan.

“Jadi, kita kena sedar (pemain) industri ini memanglah tujuan mereka untuk mendapatkan keuntungan. Jadi, sebab itu saya nak nasihatkan kepada rakyat janganlah panik dengan ‘announcement’ (pengumuman) daripada industri kerana siapa yang merupakan pemegang taruh yang penting dalam menentukan harga.

“(Untuk pengetahuan) ‘supply and demand’ (bekalan dan permintaan) dalam pasaram seperti Malaysia ini antaranya ialah (ditentukan oleh) pengguna. Industri memang ada peranan tapi pengguna itu lebih besar peranannya.

“Jadi, bertenang. Kerajaan akan buat apa yang patut dilakukan untuk memastikan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP 2011) itu kita laksanakan. Itu tanggungjawab kerajaan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika turun padang menyaksikan program Jualan Rahmah Bergerak sempena Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 di pekarangan Masjid Al-Hidayah Kuala Muda, Penaga, dekat sini hari ini.

Pada majlis sama, beliau turut membuat pelepasan konvoi bermotosikal dan kereta untuk program kembara merdeka tersebut.

FUZIAH Salleh (tengah) mengagihkan barang jualan ketika Program Jualan Rahmah Bergerak di pekarangan Masjid Al-Hidayah, Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang hari ini.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, KPDN menyasarkan sehingga 6,400 Jualan Rahmah Bergerak di seluruh negara hingga hujung tahun ini.

Tambah beliau, sasaran itu boleh dicapai memandangkan tiada pembaziran serta promosi berlebihan dilakukan untuk program berkenaan.

“Sebelum ini (Jualan Rahmah), rakan strategik kita ialah supermarket, hypermarket dan sebagainya.

“Tapi, sekarang (Jualan Rahmah Bergerak), ia beralih kepada pemborong, peruncit dan sebagainya dengan konsep ‘kedai cari rakyat’. Promosi juga dilakukan oleh operator, bukannya KPDN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya