Dakwa gambar disebar di laman lucah taktik terbaharu ‘scammer’

Dakwa gambar disebar di laman lucah taktik terbaharu ‘scammer’

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai diingatkan agar tidak terjerat dengan taktik ugutan penipuan atau scammer yang mendakwa gambar mereka disebar di laman lucah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ini antara taktik baharu scammer yang dikesan pihak polis.

“Individu ini menerima mesej dikatakan kononnya menjadi mangsa bahawa gambarnya ada di dalam ‘group’ lucah.

“Ini semua permainan psikologi dan yang lemah akan terus mudah menjadi mangsa hingga mengalami kerugian wang ringgit. Jadi, dalam memilih untuk tidak rugi, maka seseorang itu perlu kuat,” katanya di sini semalam..

Beliau berkata, ada juga taktik di mana mangsa menerima mesej berbaur lucah namun apabila dilayan, mesej berubah menjadi ugutan kononnya mangsa bertukar-tukar mesej dengan isteri orang.

Jelas beliau, mangsa berasa takut dan terpedaya sehingga menyerahkan wang.

“Helah sebegini digunakan untuk memperdaya orang sehingga menyebabkan kerugian.

“Ini adalah satu kesalahan serius yang boleh disabitkan. Jika dulu penipuan kebanyakan bersemuka dan pembuktian melibatkan kata-kata.

“Bagaimanapun kini penipuan secara dalam talian selalunya boleh dijejak semula dan pelaku diingat mereka tidak akan terlepas daripada dikesan polis,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya