Curi REE: Saifuddin dedah Sanusi didenda RM500,000

Curi REE: Saifuddin dedah Sanusi didenda RM500,000

SAIFUDDIN Nasution Ismail ketika berucap pada Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Pekan Guar Chempedak, Jerai. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERAI: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor didenda RM500,000 tahun lalu kerana kesalahan mencuri unsur nadir bumi (REE).

Beliau berkata, denda tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) ke atas Muhammad Sanusi selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah kerana kegiatan yang dilakukan di Sik, dekat sini.

Justeru, Muhammad Sanusi dicabar menjelaskan perkara berkenaan dan menafikan sama ada beliau terbabit dalam kegiatan mencuri REE seperti yang didedahkan.

“Malam ini saya nak tanya dengan Sanusi sebagai Pengerusi MBI, ada tak dapat surat daripada Datuk Fauzi Mustafa selaku Pengarah PTG Kedah pada hujung tahun lalu.

“Surat itu menghendaki MBI membayar kompaun RM500,000 kerana mencuri REE di Kampung Chong, Sik. Kamu Menteri Besar, kamu Pengerusi MBI, surat itu bertarikh 4 Oktober 2022.

“Dialamatkan kepada Pengerusi MBI, kompaun di bawah Seksyen 426 (1) Kanun Tanah Negara dalam kejadian 2.30 petang, 24 September 2022 kerana curi REE, yang tandatangan Datuk Fauzi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Pekan Guar Chempedak di sini, malam tadi.

Tambah Saifuddin, pihaknya akan terus mendedahkan kepincangan yang dilakukan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu bagi membolehkan rakyat membuat pilihan tepat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

“Kita lantik Menteri Besar untuk urus negeri, bukan jadi pencuri. Ini adalah permulaan dan kita ada lagi beberapa siri pendedahan dengan dokuman lengkap kerana kita percaya rakyat Kedah cerdik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya