SHAH ALAM: CUCKOO International (MAL) Sdn. Bhd. (CUCKOO International), jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), dan OGAWA Malaysia, jenama terkemuka dalam industri kesejahteraan telah menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MoA) bagi berpadu tenaga membangunkan kerusi urut berinovasi yang berfokus pada kesejahteraan. Kerjasama strategik ini membolehkan CUCKOO International untuk mengembangkan tawaran dibawah tonggak ‘Healthy Living’ (Kehidupan Sihat). Tonggak ini merupakan salah satu tonggak Healthy Home CUCKOO International yang menawarkan produk ciptaan kerjasama.
Selain daripada menandatangani Memorandum Perjanjian, acara tersebut turut menyaksikan pelancaran Kerusi Urut CUCKOO BESPOKE, sebuah produk berinovasi yang mewakili sinergi kepakaran terkemuka industri kedua-dua jenama untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan menerapkan kesejahteraan ke dalam isi rumah secara lebih mudah. Dengan gabungan kepakaran kedua-dua jenama, kerusi urut pertama jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) dijangka akan membantu Rakyat Malaysia melegakan tubuh badan dan menjadikan kesejahteraan lebih mudah diakses dan dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan OGAWA Malaysia yang juga berkongsikan semangat dan falsafah Beyond Standards kami bagi melangkaui batasan sedia ada untuk mencipta solusi yang akan membantu Rakyat Malaysia menjadi #SAMASAMAHealthier. Dengan menggabungkan kepakaran dan sumber kami, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan memperkasakan mereka untuk memiliki kehidupan yang lebih sihat dan bahagia melalui inovasi yang akan mempertingkatkan ruang kediaman mereka untuk menjadi lebih sihat,” kata Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, Encik KC Hoe (Hoe Kian Choon).
“Di OGAWA, kami bertekad berkongsi konsep ‘Heart of Wellness’ kepada semua Rakyat Malaysia dengan memperkenalkan teknologi kesihatan dan kesejahteraan yang canggih dan teruji. Kerjasama kami dengan CUCKOO International bukan sahaja menandakan kejayaan baharu, tetapi juga membolehkan kami memperluaskan lagi solusi kesejahteraan kami kepada lebih ramai Rakyat Malaysia melalui kerusi urut yang inovatif dan mampu milik,” kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA Malaysia, Datuk Lim Mee Ling.
Kerusi Urut CUCKOO BESPOKE merupakan ciptaan kerjasama yang menggabungkan teknologi kesejahteraan inovatif OGAWA Malaysia, dan servis Beyond Standards CUCKOO International untuk menawarkan Rakyat Malaysia penyelesaian Kediaman Sihat yang holistik yang dijangka akan melangkaui ekspektasi. Antara ciri dan fungsi utama kerusi urut ini termasuk Trek SL dengan pemadanan khusus, 6 program urutan, 11 tetapan jenis urutan, 30 beg udara, termoterapi 45 °C dan Graviti Sifar Dua Peringkat. Kepelbagaian fungsi kerusi urut ini direka dengan pertimbangan teliti bagi membolehkan pengguna memilih mengikut keperluan dan kesesuaian mereka, dan secara langsung menjadikan kerusi urut ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Selain daripada teknologi yang berinovasinya, pengguna juga akan menerima servis berkala setiap 6 bulan yang merangkumi 10 titik servis (service checkpoint), serta perkhidmatan penukaran kulit kerusi urut sekali pada tahun ketiga tempoh servis mereka untuk memastikan Kerusi Urut CUCKOO BESPOKE mereka sentiasa berfungsi di tahap optimum. Kerusi Urut CUCKOO BESPOKE ini menampilkan rekaan, fungsi dan servis Beyond Standards pada titik harga yang berpatutan iaitu RM139 sebulan dengan pelan sewaan. Ini menjadikan kerusi urut ciptaan kerjasama ini mudah diakses dan dimiliki oleh Rakyat Malaysia yang ingin mempertingkatkan lagi ruang kediaman mereka untuk menjadi lebih sihat dan sejahtera.
Kerusi urut berinovasi yang mampu diakses dan dimiliki ini juga dijangka akan membantu lebih daripada 200,000 pengguna isi rumah Malaysia memiliki kehidupan yang lebih sihat dengan terapi urut yang boleh membantu pengguna rehat, melegakan tubuh badan dan mempertingkatan kesejahteraan keseluruhan mereka.
Kerjasama dengan OGAWA Malaysia ini merupakan salah satu daripada tiga kerjasama strategik di bawah tonggak ‘Healthy Living’ (Kehidupan Sihat) CUCKOO International yang menawarkan produk kelengkapan rumah yang dibangunkan bersama dengan kepakaran industri tempatan untuk mempromosikan kehidupan yang lebih sihat. Terdahulu, CUCKOO International telah meraihkan dua perkongsian yang berjaya. Pada 2020, CUCKOO International telah bekerjasama dengan LSK Napure, pengeluar lateks semulajadi terbesar di Malaysia untuk melancarkan Tilam CUCKOO A-Series pada tahun 2021; dan pada 2022, CUCKOO International telah mengembangkan rangkaian produknya dengan kerjasama bersama Fujiaire, pengeluar penyaman udara tempatan untuk melancarkan Penyaman Udara Pintar CUCKOO Vita-S Inverter.
Dengan kerjasama strategik dan pelancaran produk terbaharu ini, tonggak ‘Healthy Living’ (Kehidupan Sihat) jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) tersebut dijangka akan melanjutkan pertumbuhannya yang telah mencatatkan pertumbuhan hasil kukuh 199.7% pada RM95 juta pada tahun 2022 daripada RM31.7 juta pada tahun 2021.
“Kami percaya bahawa pendekatan kami dalam mengembangkan dan menyediakan penyelesaian Kediaman Sihat yang holistik bukan sahaja akan memberi inspirasi kepada lebih ramai Rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier, tetapi juga akan meletakkan syarikat kami pada trajektori yang betul untuk pertumbuhan yang ketara. Selain daripada rangkaian peralatan rumah kami yang kukuh, kami percaya bahawa kerjasama strategik sebegini akan membolehkan kami untuk mengembangkan lagi teras kami melalui penghasilan solusi kediaman baharu dan berinovatif yang boleh membantu memberi inspirasi kepada lebih ramai Rakyat Malaysia untuk memiliki kehidupan yang lebih sihat, ” tambah Encik Hoe.
Maklumat lanjut dan foto boleh didapatkan menerusi pautan ini: https://bit.ly/CUCKOOxOGAWAPressKit
###
Tentang CUCKOO International
CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International) adalah jenama Pencipta Kediaman Sihat terkemuka yang menyediakan penyelesaian Kediaman Sihat yang holistik bagi Rakyat Malaysia. Kami sentiasa berpegang kepada falsafah Beyond Standards dalam portfolio produk dan perkhidmatan inovatif kami untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.
Perjalanan kami bermula pada Oktober 2014 dengan pengenalan CUCKOO, iaitu jenama perkakas rumah yang terkenal dari Korea Selatan, di Malaysia. Sejak itu, kami telah mengembangkan spektrum jenama dan tawaran teras kami merentasi empat tonggak Healthy Home, yang masing-masing bertumpu pada aspek tertentu bagi mencipta kediaman yang lebih sihat:
- ‘Healthy Appliances’ (Peralatan Rumah) [CUCKOO] – Rangkaian penapis air, penapis air luar kediaman, penapis udara, dapur induksi dan peralatan dapur daripada CUCKOO.
- ‘Healthy Living’ (Kehidupan Sihat) [CUCKOO Co-Creations] – Dalam usaha menyokong pembangunan syarikat dan perusahaan tempatan, kategori ini menampilkan produk kelengkapan rumah CUCKOO yang dibangunkan secara tempatan dan dicipta bersama melalui kerjasama strategik.
- ‘Healthy Lifestyle’ (Penjagaan Kecantikan) [WonderLab Group] – WonderLab Group menyuntik pendekatan holistik kepada kecantikan dan kesejahteraan dengan pelbagai rangkaian penjagaan kulit, kosmetik dan minuman berkhasiat di bawah jenama sendiri seperti WonderLab dan WonderDewi.
- ‘Healthy Home Care’ (Servis Pembersihan Kediaman) [WonderKlean] – WonderKlean menawarkan perkhidmatan pakar yang komprehensif, termasuk pembasmian kuman, dan perkhidmatan pembersihan untuk mesin basuh, peralatan dapur, tilam dan penyaman udara.
CUCKOO International sehingga kini telah memperkasa lebih 5.8 juta pengguna isi rumah dengan kehidupan lebih sihat dan bahagia menerusi penyelesaian Healthy Home yang inovatif. Syarikat kami juga mempunyai kehadiran kukuh di seluruh negara dengan lebih 500 cawangan di Malaysia. Menerusi model berasaskan sewaan langganan yang menyeluruh, kami berazam untuk menjadikan kediaman yang lebih sihat dan kehidupan lebih bahagia dapat diakses serta mampu dimiliki oleh lebih ramai Rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai CUCKOO International, hubungi kami melalui mana-mana platform rasmi kami:
CUCKOO | www.cuckoo.com.my | FB: CUCKOOInternational | IG: @cuckoo_official
WonderLab | www.wonderlab.com.my | FB: WonderLabOfficial | IG: @WonderLabOfficial
WonderKlean | www.wonderklean.com.my | FB: wonderkleanofficial | IG: @wonderkleanofficial