Coco Lee meninggal dunia - Utusan Malaysia

Coco Lee meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Penyanyi terkenal, Coco Lee meninggal dunia pada usia 48 tahun.

Berita duka itu dikongsikan kakaknya Nancy Carol menerusi Facebook semalam.

Kata Nancy, Lee bertarung masalah kemurungan sejak beberapa tahun lepas.

“Dukacita dimaklumkan Coco menderita kemurungan sejak beberapa tahun lepas namun keadaannya semakin memburuk sejak beberapa bulan lepas.

“Mendiang akhirnya tewas meskipun telah mendapatkan bantuan pakar dan berusaha sedaya upaya melawan penyakit tersebut,” tulisnya.

Lee dikejarkan ke hospital selepas ditemukan tidak sedarkan diri di kediamannya di sini. Mendiang bagaimanapun meninggal dunia selepas beberapa hari koma.

Lee mengecap populariti selepas memenangi pertandingan I Am a Singer. Beliau juga pernah menyanyikan lagu tema filem Mulan dan Crouching Tiger Hidden Dragon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya