Cinta beza budaya, Fadlan kini suami orang

Cinta beza budaya, Fadlan kini suami orang

FADLAN Hazim bergelar suami kepada Aiya Mukhamedsalova dengan sekali lafaz. - UTUSAN/M.FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Fadlan Hazim,31, sah bergelar suami dengan sekali lafaz kepada wanita berasal dari Kazakhstan, 29, Aiya Mukhamedsalova kira-kira  pukul 10.27 pagi ini. 

Majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur itu hanya dihadiri rakan dan keluarga terdekat. 

Fadlan atau nama lengkapnya  Fadlan Hazim Anuwar dinikahkan oleh jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Fairudz Saderi.

Bersyukur majlisnya berjalan lancar, pelakon Ijab Kabul itu menyerahkan sebentuk cincin bersama lima dulang hantaran kepada isterinya.

Walaupun berbeza budaya, Fadlan berkata, ia bukanlah penghalang untuknya disatukan dengan pasangan pilihannya. 

Sebelum ini, Fadlan dan Aya mengikat tali pertunangan pada 1 Oktober 2022. Fadlan sempat menjalani ujian ‘kelelakian’ budaya  Kazakhstan. 

“Antara yang perlu saya lakukan adalab berjalan atas paku, menunggang kuda dan minum susu kuda.

“Saya juga dibawa mendaki gunung dalam keadaan suhu yang amat sejuk. Bayangkan saya perlu mendaki gunung tanpa memakai baju tebal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya