TIDAK ramai anak muda pada zaman ini yang meminati kerja-kerja pembuatan parang dan pisau atau lebih dikenali pandai besi.
Itu belum dikira dalam aspek pembuatan hulu dan sarungnya yang majoritinya dimonopoli oleh mereka yang bergelar ‘otai’ atau golongan veteran.
Mujurlah masih ada anak muda yang melihat kerja pembuatan parang dan pisau ini dalam sudut lain dan bukan sekadar memikirkan soal pulangan wang semata-mata.
Bagi tukang besi atau dikenali sebagai pandai besi, Muhammad Khairi Adham Abdul Muin, yang berusia 27 tahun, dia tidak kisah bekerja dalam keadaan persekitaran yang kotor dan terdedah dengan bahan panas ketika proses membakar serta melebur besi.
Katanya, ini semua disebabkan minatnya dalam bidang itu dan pada masa sama dapat memastikan warisan tersebut terus kekal.
Malah, sebelum ini dia juga sanggup mencari pandai besi di 12 negeri selama 25 hari dengan hanya menunggang motosikal semata-mata untuk ‘berguru’ bagi memahirkan diri dalam bidang tersebut.
“Saya berjaya berjumpa dengan 60 pandai besi di negara ini. Namun ratarata sudah berusia dan saya difahamkan lima daripadanya pun sudah meninggal dunia.
“Tidak ramai golongan muda yang mahu masuk bidang ini. Paling muda saya jumpa dalam umur 34 dan 35 tahun,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.
Tambah anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini, dia mengunakan peluang tersebut semasa bercuti semester ketika itu bagi menimba ilmu pembuatan pisau serta parang.
Kata bekas pelajar Universiti Selangor (Unisel) ini, semuanya bermula apabila parang milik ayahnya hilang dan daripada situlah dia tanpa dirancang, minatnya bermula sebagai pandai besi.
“Saya langsung tidak mempunyai apa-apa asas dalam bidang ini. Ini semua bermula apabila parang ayah saya hilang dan hanya tinggal sarungnya sahaja. Jadi, disebabkan takut saya mencari pandai besi yang ada di sekitar kampung.
“Bagaimanapun saya pelik kerana sukar untuk mencari pandai besi bagi menggantikan parang milik Cerita pandai besi orang muda Bukan sekadar cari duit, tapi jaga warisan ayah. Daripada situlah saya ter kir untuk menuntut ilmu dalam bidang ini dan saya terus menjelajah ke semua negeri untuk memahirkan diri,” ceritanya.
Katanya, bidang pembuatan pisau, parang dan senjata Melayu berkemungkinan besar pupus jika tiada usaha mewarisi dibuat untuk jangka masa panjang.
“Orang muda terutama yang berumur dalam lingkungan 20-an sekarang tidak ramai berminat untuk mengumpul koleksi senjata Melayu, apatah lagi mahu membuatnya.
“Ini kerana mereka kurang pendedahan. Mujur ada institusi tertentu yang memainkan peranan untuk memastikan warisan ini kekal,” terangnya.
Muhammad Khairi Adham memberitahu, terdapat beberapa langkah dalam aspek pembuatan pisau antaranya menempa besi untuk membentuk lakaran pisau.
Selain itu, pisau tersebut juga akan melalui proses lain di bahagian hulu atau pemegang dan sarung untuk menyimpannya.
“Pisau yang saya hasilkan biasanya mempunyai ukuran panjang antara 10 sehingga 11 inci,” jelasnya.
Dia kini memberi tumpuan penghasilan pelbagai jenis parang dan pisau serta Parang Lipis menerusi ‘buatan tangannya’.
Apa yang membanggakan, hasil tangannya kini turut dieksport ke luar negara termasuk Itali dan New Zealand.