Calon bebas kerusi Sungai Pelek dakwa pernah ditawar semula calon PRM

Calon bebas kerusi Sungai Pelek dakwa pernah ditawar semula calon PRM

NAGESWARAN Ravi (kanan) ketika menyantuni penganut Kristian di Gereja Methodist Tamil, Sungai Pelek di Sepang. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Calon bebas tunggal bagi kerusi Sungai Pelek, Datuk Seri Nageswaran Ravi mendakwa dirinya pernah ditawarkan untuk menjadi calon Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Beliau walau bagaimanapun menolak pelawaan oleh parti pembangkang berkenaan dan memilih untuk menjadi calon bebas kerana tidak mahu terikat lagi dengan imej mereka.

“Mereka tahu saya hendak jadi calon bebas, maka ahli jawatankuasa kerja pusat PRM datang berjumpa saya untuk pujuk bertanding atas tiket parti itu,” katanya ketika ditemui selepas menyantuni sebahagian penganut Kristian ketika hadir bagi beribadah di Gereja Methodist Tamil Sungai Pelek, di sini hari ini.

Nageswaran pernah mewakili PRM untuk kerusi Parlimen Sepang ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), namun tewas dengan hanya meraih sebanyak 165 undi.

Mengulas lanjut, beliau menafikan tindakannya menjadi calon bebas pada PRN kali ini sebagai usaha didalangi pihak tertentu bagi memecahkan undi penyokong PH dan PN.

Ditanya kenapa tidak menerima sahaja tawaran PRM, Nageswaran berkata, beliau tidak percaya dengan pelbagai janji ‘manis’ parti tersebut yang amat tidak realistik ditunaikan.

Bahkan beliau mengakui sudah serik apabila kali pertama ditawarkan PRM untuk menjadi calon kerusi Sepang pada tahun lalu tetapi terpaksa bergerak sendirian ketika berkempen.

Justeru, beliau berpendapat adalah lebih baik menjadi sahaja calon tanpa mana-mana parti kerana lebih bebas bertemu pengundi dan tidak perlu lagi mengikut arahan atasan.

Nageswaran berkata, langkahnya itu berdasarkan pengalaman dirinya sewaktu cukup aktif dalam Parti Progresif Rakyat (MyPPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini.

“Daripada kena akur semua arahan parti yang menyusahkan, lebih baik saya jadi calon bebas dan tidak perlu risau kena tindakan disiplin,” katanya yang menggunakan lambang gajah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya