Buruh kontrak didakwa rogol anak kandung

Buruh kontrak didakwa rogol anak kandung

TERTUDUH (dua dari kanan) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen bagi menghadapi tiga pertuduhan merogol anak kandungnya di Kompleks Mahkamah Alor Setar. - UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang buruh kontrak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan merogol anaknya dalam kejadian antara Disember 2016 hingga Februari 2017.

Tertuduh yang berusia 52 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan berkenaan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zaihan Mohamad Ali.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anaknya yang ketika itu berusia 16 tahun di bilik air rumah mereka di Kampung Paya Sena, Pendang pada pukul 2.30 petang, Disember 2016.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama di bilik tidur rumah berkenaan pada pukul 4 petang, Disember 2016.  

Dalam pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa merogol remaja berkenaan di lokasi yang sama pada 9 pagi, Februari 2017. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J. Banusha manakala tertuduh pula diwakili A. Surendran. 

Mahkamah menetapkan 27 Ogos ini sebagai tarikh sebutan setelah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM18,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya