Bukannya saya bawa suami datang set - Adriana Adnan - Utusan Malaysia

Bukannya saya bawa suami datang set – Adriana Adnan

KUALA LUMPUR 5 Julai 2023 -Adriana Adnan semasa Sidang media dan tayangan telefilem Merewang Keluarga Pak Awang arahan Adlin Aman Ramlie di TGV Pavilion Bukit Jalil pada malam semalam. / M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Adriana Adnan bersyukur tidak pernah berhadapan diskriminasi daripada pihak produksi selepas berkahwin.

Menurut Adrianna, 28, stereotaip terhadap pelakon wanita yang sudah berkahwin sepatutnya tidak wujud kerana mereka masih mengekalkan profesionalisme dalam bekerja.

“Alhamdullah tiada produksi tolak saya kerana saya sudah berkahwin sebab mereka tahu, cara budaya kerja saya tak berubah.

“Perkahwinan sepatutnya tidak menggugat karier kerana bila masuk set bekerja, bukannya kita bawa laki.

“Saya harap dijauhkan daripada produksi yang stereotaip terharap wanita yang sudah berkahwin,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Selain itu, perkahwinan banyak mematangkan dirinya terutama dalam pemilihan watak dan jalan cerita yang lebih mencabar.

“Perkahwinan mematangnya seseorang. Bila dah kahwin kita lebih banyak tanggungjawab dan mahu cari watak yang lebih mencabar,” tambahnya.

Terdahulu, seorang pelakon perempuan mendedahkan pernah ditolak daripada berlakon dalam sebuah drama hanya dirinya sudah bergelar isteri orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya