Objek disangka anak patung rupanya janin bayi

Bukan anak patung tapi janin bayi

JANIN bayi yang ditemukan di loji kumbahan di sebuah pangsapuri di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pekerja pembersihan terkejut apabila objek yang disangka anak patung rupa-rupanya janin bayi yang ditemukan di loji kumbahan di sebuah pangsapuri di Inanam semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, semasa pekerja pembersihan tersebut ingin melakukan kerja-kerja pembersihan, beliau terlihat satu objek dalam sangkar perangkap sampah yang disangka anak patung.

Namun, apabila sangkar itu dinaikkan sedikit ke atas, pekerja berkenaan terkejut apabila melihat terdapat janin bayi berada dalam perangkap sampah.

“Lelaki itu kemudiannya mengangkat sangkar itu naik ke atas kerana arus air di loji kumbahan agak deras dan dia mengeluarkan janin tersebut kerana bimbang ia akan dihanyutkan arus.

“Pekerja itu memaklumkan penemuan janin berkenaan kepada penyelia loji yang kemudiannya menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan awal terhadap janin itu di Jabatan Kecemasan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah mengesahkan janin berkenaan telah meninggal dunia.

Pemeriksaan juga mendapati keadaan janin masih bertali pusat dan doktor tidak dapat memastikan jantina bayi tersebut dengan tepat tapi, berkemungkinan adalah lelaki.

“Pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menjalankan pemeriksaan terhadap janin tersebut. Ukuran tinggi kira-kira 18 sentimeter (sm)  Mayat masih bertali pusat dan lengkap anggota badan.

“Mayat bayi dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk dijalankan bedah siasat selepas keputusan calitan Covid-19 diperolehi,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Hatikah Ahmad di talian 016-8337243.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya