Bomba tangkap ular sawa 70kg - Utusan Malaysia

Bomba tangkap ular sawa 70kg

ANGGOTA bomba menangkap ular sawa seberat 70kg di Kampung Sungai Limau, Trong di Taiping hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Seekor ular sawa batik seberat 70 kilogram dijumpai di dalam parit di Kampung Sungai Limau, Trong di sini hari ini.

Ular sepanjang enam meter itu bagaimanapun berjaya ditangkap oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong, Mohd. Shahidan Hassan berkata, maklumat kehadiran reptilia itu diterima daripada penduduk kampung pada pukul 12.09 tengah hari.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi segera menangkap ular sawa berkenaan dengan menggunakan peralatan khas penjerut ular.

“Semasa proses tangkapan, ular itu agak agresif dipercayai kerana lapar sehingga menyebabkan operasi mengambil masa hampir setengah jam.

“Reptilia yang berjaya ditangkap itu dilepaskan ke habitat asal jauh dari penempatan awam atas nasihat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya