Bomba periksa semua pusat mengundi, penjumlahan undi menjelang PRN - Utusan Malaysia

Bomba periksa semua pusat mengundi, penjumlahan undi menjelang PRN

AHMAD IZRAM Osman (kanan) ketika mempengerusikan mesyuarat bersama Penolong Pengarah Operasi Bomba seluruh negara di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEBERANG JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah memulakan kerja-kerja pemeriksaan di semua lokasi pusat mengundi dan penjumlahan undi di keenam-enam negeri yang akan terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, pemeriksaan itu dibuat susulan arahan yang dikeluarkan untuk tujuan itu sejak bulan lepas.

Katanya, ia bertujuan memastikan proses pengundian dan penjumlahan undi di kesemua lokasi yang berkenaan berlangsung tanpa sebarang masalah atau insiden yang tidak diingini.

“Kita titikberatkan dari segi akses, laluan ke tempat berkenaan (pusat mengundi dan penjumlahan undi) serta pili bomba dan kawasan berhimpun (sekiranya berlaku kebakaran) dan sebagainya.

“Selain itu, sebagai langkah tambahan, anggota dari balai bomba yang terdekat akan berada dalam keadaan ‘standby’ (berjaga-jaga) terutamanya di pusat penjumlahan undi iaitu dari petang hingga ke malam bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Penolong Pengarah Operasi Bomba seluruh negara di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, JBPM sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi segala kemungkinan pada hari pengundian.

“Kita belum lagi menerima jumlah sebenar (lokasi) pusat mengundi dan penjumlahan undi untuk PRN di enam negeri ini.

“Bagaimanapun, pemeriksaan akan tetap dijalankan mengikut data yang pernah dikeluarkan sebelum ini,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya