BN kemuka calon muka baharu PRN

BN kemuka calon muka baharu PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan calon-calon muka baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sejajar semangat baharu parti tersebut.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun MCA dan MIC memutuskan tidak meletakan calon, namun mereka akan bersama BN dan menyokong calon-calon parti Kerajaan Perpaduan.

Selain itu beliau memaklumkan, pihaknya akan mengemukakan manifesto dalam pilihan raya itu pada masa terdekat dengan kandungannya menyentuh soal kepentingan dan kebajikan rakyat.

“Terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beri peluang untuk BN mengemukakan calon.

“Jika kerajaan terbentuk, saya yakin UMNO dan BN akan menjadi sebahagian kerajaan,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, selama lapan bulan Kerajaan Madani terbentuk, sudah banyak usaha dilakukan termasuk daripada segi pelaburan dan kedaulatan negara.

“Tuntutan Sulu, mahkamah telah memihak kepada Malaysia dan rakyat Sabah, ini semua usaha dilakukan oleh Datuk Seri Anwar dan anggota Kabinet,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya