Bintang RTM kembali - Utusan Malaysia

Bintang RTM kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setelah kali terakhir dianjurkan pada 2018, RTM kembali menganjurkan pertandingan Bintang RTM bagi mencungkil bakat nyanyian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bakal membuka gelanggang pertandingan menjelang Januari 2024, ujibakat secara dalam talian sudah dijalankan sejak 10 Julai sehingga 10 September depan.

Ujibakat secara terbuka layak disertai oleh warganegara Malaysia berumur 15 hingga 25 tahun. Bagi mereka yang berminat, boleh menghantar video nyanyian dan butiran diri seperti salinan kad pengenalan, gambar terkini dan nombor telefon menerusi emel [email protected].

Penganjuran kali terakhir, lima tahun lalu menyaksikan penyanyi, Hariz merangkul gelaran juara yang membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta trofi. Hariz juga memenangi Vokal Terbaik dan menerima hadiah wang tunai RM5,000.00 berserta trofi dan sijil.

Mengimbas kembali sejarah pada 1973, istilah ‘Bintang RTM’ mula digunakan apabila Bakat Radio dan Bakat TV diselaraskan serta digabungkan menjadi Bintang RTM. Pertandingan akhir pertama disiarkan pada 26 Februari 1974. Seterusnya, Bintang RTM menjadi acara tahunan sehingga tahun 1986.

Melalui pertandingan ini, RTM telah berjaya melahirkan ramai nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air seperti Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Rosemaria Abdul Hamid, Jennifer Yen, Datuk Jamal Abdillah, Rohana Jalil, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Datuk Aznil Nawawi dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya