Bella Astillah pilih bulu? - Utusan Malaysia

Bella Astillah pilih bulu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JARANGLAH juga Cik Bunga dengar cerita tak molek mengenai pelakon dan penyanyi yang seorang ini. Tup-tup, baru-baru ini, khabarnya ada orang industri yang tak berkenan dengan
cara Bella sekarang.

Kononnya, Bella dah nampak macam berubah sikit sekarang. Kalau dulu, dia mudah mesra sahaja dengan sesiapa, sekarang nampak macam sudah memilih bulu. Terutama bila nak ditemu bual.

Mengapa begitu pula? Tak tahulah kalau sejak dirinya terpalit dengan kontroversi rumah tangga maka ia menyebabkan Bella rasa dah hilang kepercayaan kepada semua orang? Tapi tak akanlah ya?

Itu belum lagi, bila ada yang menyampai pada Cik Bunga mengenai kerenah Bella yang dikatakan semakin menjengkelkan sekarang.

Tak reti Cik Bunga nak gambarkan dalam bahasa Melayu. Kalau dalam bahasa Inggeris, orang kata ‘bitchy’.

Tak tahulah ‘bitchy’ macam mana yang dimaksudkan. Tetapi, secara peribadi, Cik Bunga tak rasa Bella begitu. Dia jenis yang mudah beri kerjasama dengan orang.

Tetapi kalau jadi hal yang tak ‘best’ sekali pun, kita siapa nak lekas menghukum? Kita semua pun manusia biasa. Ada hari kita ada ‘mood’, ada hari kita punya ‘mood’ lari sikit.

Agaknya yang terasa dengan Bella itu sudah salah faham. Tak apalah, tunggu sajalah Bella luah pandangan mengenai hal ini. Ye tak?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya