KOTA KINABALU: Bekas Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh, 80, meninggal dunia kira-kira pukul 12.07 pagi tadi.
Allahyarham menjadi ahli Parlimen bagi kerusi Kalabakan sejak 2004 sehingga 2018.
Sepanjang menjadi Ahli Parlimen, Allahyarham pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan.
Ahli politik veteran UMNO ini juga bekas Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dan bekas Ketua UMNO Kalabakan.
Anak perempuan Allahyarham, Noraini Abdul Ghapur memaklumkan jenazah arwah akan disembahyangkan di Majid Jamek Kampung Likas di sini.
Allahyarham akan disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Likas kira-kira pukul 10 pagi ini. – UTUSAN