PETALING JAYA: Satu siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang penganjur konsert bergelar ‘Datuk’ di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA), hari ini.
Utusan Malaysia difahamkan, siasatan turut dilakukan SPRM terhadap beberapa individu lain berhubung siasatan sama yang dilakukan SPRM.
Siasatan yang sedang berjalan itu membabitkan dana meragukan dengan nilai jutaan ringgit yang dimiliki Datuk berkenaan yang juga pemilik rangkaian restoran terkenal masakan India.
Sementara itu, usaha Utusan Malaysia mendapatkan pengesahan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki tidak berjaya. – UTUSAN