BAYU Unimas persembah warisan tradisional di Perancis esok

BAYU Unimas persembah warisan budaya tradisional Malaysia di Perancis esok

ABDUL Karim Rahman Hamzah (duduk tengah) bersama anak-anak seni BAYU Unimas yang akan mewakili Malaysia ke Perancis dalam sidang media, di Bangunan Baitulmakmur, Kuching semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) terpilih menyertai acara Festival De Confolens, di Perancis bagi mempersembahkan budaya warisan tradisional Malaysia di negara tersebut.

Melalui Badan Budaya Unimas (BAYU), seramai 20 pelajar dan 10 pegawai Unimas bakal ke Perancis pada 27 Julai 2023 sehingga 16 Ogos dengan membawa tema persembahan tarian tradisional dari pelbagai kaum dari negeri Sarawak.

Justeru, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penglibatan acara festival ini membuka peluang kepada Malaysia mempromosikan seni warisan budaya tradisional terutamanya buat negeri Sarawak di peringkat antarabangsa.

“Kita amat berbangga sekali kerana di Sarawak masih ada lagi generasi dan kumpulan anak muda yang bergiat aktif dalam aktiviti dan seni yang memartabatkan warisan budaya Sarawak.

“Usaha ini kita di peringkat kementerian akan sentiasa memberi sokongan dan peluang kepada penggiat-penggiat seni khususnya anak-anak muda. Oleh itu, kita berharap apabila pelbagai aktiviti seni persembahan dan industri kreatif berlangsung, ia bukan sahaja dapat mengekalkan seni, budaya dan warisan tempatan malahan turut membantu mempromosikan industri pelancongan negeri Sarawak untuk menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara,” katanya dalam satu sidang media di sini semalam.

Beliau berkata demikian semasa dalam sidang media BAYU mewakili Malaysia ke Festival De Confolens di Bilik Mesyuarat Mulu, Bangunan Baitulmakmur, Kuching semalam.

Selain itu ujar Abdul Karim, melalui penglibatan dan pendedahan kebudayaan berimpak tinggi ini, kementerian turut akan memberi bantuan kewangan sebagai tanda sokongan penglibatan BAYU ke peringkat antarabangsa.

“Kementerian turut memberi bantuan kewangan menerusi geran dan dana. Penyertaan BAYU di Festival De Confelens ini adalah merupakan salah satu program yang disokong Kementerian melalui Dana Mudahcara Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak di bawah Seksyen Seni Budaya dan Warisan.

“Saya melihat ini sebagai peluang bagi kita mempromosi kepelbagaian, kekayaan dan keindahan seni tari, busana dan muzik tradisional berbilang etnik yang ada di Sarawak yang jarang-jarang diperlihatkan di luar negara,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya