Bayi setahun 10 bulan positif dadah, ibu ditahan - Utusan Malaysia

Bayi setahun 10 bulan positif dadah, ibu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Polis menahan seorang wanita berusia 21 tahun selepas dia dan anak perempuannya yang berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah .

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, wanita itu ditahan selepas polis mendapat laporan daripada Hospital Taiping semalam.

“Kita telah dimaklumkan oleh Pegawai Perubatan Hospital bayi itu positif dadah Amphetamine dan Methamphetamine.

“Kita difahamkan sebelum itu bayi itu dihantar ke rumah neneknya sementara ibunya keluar membeli barangan runcit di kedai berhampiran,” katanya.

Menurut Razlam, kes itu mula terbongkar ketika hendak tidur, bayi itu menunjukkan tingkah laku tidak terkawal.

“Ibunya telah membawanya ke hospital dan pihak hospital mendapati bayi itu positif dadah,” katanya.

Katanya, ibu bayi itu yang merupakan seorang suri rumah ditahan dan saringan air kencing mendapati positif dadah jenis Methaphetamine.

“Difahamkan bayi itu dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak -Kanak 2001. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya