Bayi bertali pusat ditemukan di lantai kedai jual ayam - Utusan Malaysia

Bayi bertali pusat ditemukan di lantai kedai jual ayam

KEADAAN bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan di sebuah kedai menjual ayam di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, Kemaman, Terengganu. - UTUSAN/ NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang peniaga ayam terkejut apabila menemukan seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditinggalkan di atas lantai kedainya di kawasan Jabur Kubur, Jalan Air Putih, di sini, pagi tadi.

Mohd. Yusrizal Azlan, 27, berkata, dia menemukan bayi tanpa pakaian tersebut dalam kesejukan dan menggigil ketika mahu mula berniaga pada pukul 7.50 pagi.

“Masa nak turunkan ayam dari lori, saya ternampak objek di atas lantai. Bila saya dekati, memang saya sangat terkejut mendapati objek itu adalah bayi yang masih hidup. 

“Mungkin individu yang buang bayi ini letak anaknya atas bantal sebab ada bantal di tepi bayi itu, namun bayi itu dah terjatuh atas lantai dan badannya juga ada kesan gigitan semut sebab ada semut berhampiran bayi itu, ” katanya ketika ditemui di kedainya, di sini, hari ini. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, bayi yang dianggarkan seberat 3.2 kilogram itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh tiga atau empat hari lalu. 

“Bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dan telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut,” katanya. 

Hanyan berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada semua klinik kerajaan dan swasta supaya memaklumkan kepada pihak polis sekiranya terdapat wanita yang baru melahirkan bayi membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengesan ibu bayi tersebut. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya