Bayi 12 bulan derita sindrom kepala besar

Bayi 12 bulan derita sindrom kepala besar

MAZNAH Omar (kanan) bersama suami menunjukkan keadaan anaknya yang menghidap sindrom kepala besar di Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang bayi berusia 12 bulan terpaksa menanggung derita selepas menghidap penyakit sindrom Pfeiffer menyebabkan kepala besar sekali gus mengubah bentuk wajahnya.

Bukan itu sahaja, setiap kali menangis biji mata Muhammad Azril Azhar atau Adik Mat akan terkeluar sehingga menyebabkan ibu dan bapa kanak-kanak risau memikirkan nasib anak bongsu dari tiga beradik itu.

Maznah Omar, 40, berkata, setiap kali Adik Mat menangis hatinya akan menjadi resah selepas memikirkan cara untuk memasukkan kembali matanya yang terkeluar itu.

“Seboleh-bolehnya saya akan mengelakkan dia daripada menangis. Situasi menyebabkan saya perlu memberi perhatian penuh kepadanya.

“Biasanya, saya akan memangkunya termasuk semasa memasak. Jika tidur, Adik Mat akan diletakkan di atas perut, tujuannya supaya saya mudah tersedar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Kelochor, di sini semalam.

Maznah memberitahu, semasa dilahirkan anaknya itu berada dalam keadaan normal sebagaimana bayi-bayi lain.

Katanya, bagaimanapun kepala Adik Mat menjadi besar selepas itu sekali gus mengubah raut wajah.

“Setiap bulan saya memerlukan sebanyak RM1,000 untuk membeli susu khas sebagai sumber makanan utama dan lampin pakai buang.

“Pendapatan suami (Azhar Che Amat, 52) sebagai buruh kampung tidak menentu merumitkan kehidupan kami sekeluarga. Bagaimanapun, saya lega apabila mendapat bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” ujarnya.

Maznah berkata, bantuan itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban selain terpaksa menanggung dua orang anak yang masih bersekolah. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya