BAKAMLA hargai Maritim Malaysia bantu operasi tahan kapal pindah minyak haram

BAKAMLA hargai Maritim Malaysia bantu operasi tahan kapal pindah minyak haram

Anggota STAR Team bersama BAKAMLA ketika berjaya menahan sebuah kapal tangki baru-baru ini. - GAMBAR IHSAN MARITIM MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA) menyampaikan surat penghargaan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) atas kerjasama operasi penahanan sebuah kapal tangki berbendera Iran, MT Arman 114.

Kapal berkenaan didakwa terlibat dalam aktiviti pemindahan haram minyak mentah di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Indonesia baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Mariitm Malaysia, Laksamana Madya Maritim Hamid Mohd. Amin berkata, pada kejadian minggu lalu, BAKAMLA memohon bantuan agensi ini melakukan tindakan kejar buru dalam operasi menahan kapal suspek setelah mendapati berlaku aktiviti pemindahan minyak yang mencurigakan kepada kapal MT S Tinos berbendera Cameroon.

Ia setelah kapal berkenaan melepasi sempadan perairan republik tersebut seterusnya memasuki Zon Maritim Malaysia.

“Bertindak kepada maklumat yang diterima, Maritim Malaysia mengatur gerak sebuah pesawat udara yang membawa Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Maritim Malaysia ke lokasi yang dikenal pasti dalam perairan Malaysia.

“Dalam tindakan kejar buru itu, kru helikopter AW139 Maritim Malaysia berjaya melakukan pintasan terhadap kapal tangki terlibat, seterusnya tujuh anggota STAR TEAM melakukan fast roping di atas kapal suspek bagi tindakan penguatkuasaan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hamid, kapal tangki tersebut disyaki melakukan pelanggaran peraturan maritim antarabangsa dan menyalahi peraturan Indonesia yang dipercayai membawa lebih 200,000 tan metrik minyak mentah bernilai puluhan juta dolar.

Setelah pemeriksaan dilakukan, jelasnya, anggota-anggota STAR Team turut berjaya menahan 28 anak kapal warga Syria dan tiga penumpang lain.

Beliau berkata, tindakan kerjasama bersepadu antara BAKAMLA Indonesia dan MaritimMalaysia ini menunjukkan keberkesanaan kerjasama yang dijalinkan sekian lama melalui latihan bersama di kawasan perairan Selat Melaka.

“Kejayaan operasi ini turut membuktikan kerjasama antara negara Malaysia-Indonesia dalam memastikan keamanan dan keselamatan di perairan wilayah masing-masing.

“Ia seterusnya memberikan keyakinan kepada kapal-kapal dagang melalui kawasan ZEE dengan selamat,seterusnya menyumbang kepada kestabilan maritim serantau,” katanya.

Melalui kejayaan operasi tersebut, kata beliau, kerjasama lebih kukuh diyakini antara kedua-dua agensi itu akan terus dipertingkatkan dalam memerangi ancaman jenayah di kawasan perairan yang melibatkannegara-negara serantau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya