KANGAR: Penantian untuk menggunakan Stadium Tuanku Syed Putra di sini bakal berakhir apabila kerja-kerja membaik pulih stadium berkenaan dijangka siap April tahun depan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Muhammad Azmir Azizan berkata, kerja-kerja menaik taraf stadium berkenaan bermula pada 25 Oktober tahun lalu dengan peruntukan diluluskan kerajaan Persekutuan sebanyak RM8 juta. Katanya, proses baik pulih itu membabitkan bilik-bilik serba guna, penggantian bumbung baharu, tempat duduk penonton, pembaikan trek balapan, kerja-kerja kalis air dan menaik taraf sistem perpaipan tandas. “Sebagaimana dimaklumkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya