Asyraf diberi enam bulan majukan Mara - Utusan Malaysia

Asyraf diberi enam bulan majukan Mara

Mara
ANWAR Ibrahim menyaksikan pertukaran dokumen menerusi memorandum persefahaman (MOU) antara Mara dan Agrobank pada Program Sentuhan Kasih Desan, Mini Karnival Usahawan Desa dan Usahawan Orang Asli di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki diberi tempoh sehingga September ini untuk melaksanakan perubahan dalam agensi kerajaan itu dan tidak berada pada tahap seperti kepimpinan terdahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bagaimanapun menaruh keyakinan kepada Setiausaha Agung UMNO itu untuk membawa pembaharuan kepada Mara.

“Kita ada pengerusi (Mara) baharu yang tampan, berani, tegas, cukup enam bulan kita hendak minta laporan. Kalau kerja macam dahulu kita tukar pengerusi baharu.

“Tetapi saya yakin, bila kita tampilkan tokoh muda, ada idea baharu, jiwa bantu orang Melayu saya yakin enam bulan dia boleh tukar kemajuan dan Mara itu lebih baik dan maju. Sama juga yang lainlah,” katanya ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih Desan, Mini Karnival Usahawan Desa dan Usahawan Orang Asli, hari ini.

Tambahnya, beliau bersama Ahmad Zahid dan anggota kabinet lain akan berusaha sedaya upaya sebaik mungkin untuk membawa Malaysia sebagai negara terhebat di rantau ini dan menyeru orang ramai mengelakkan politik fitnah dan saling mencerca.

Asyraf Wajdi pada Mac lalu dilantik sebagai Pengerusi Mara oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggantikan Datuk Azizah Mohd Dun.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan kerajaan bercadang untuk mewujudkan mekanisme bagi memperbaiki mutu pengeluaran dan hasil usahawan luar bandar agar dapat dipasarkan dengan baik. 

Menurutnya, mekanisme tersebut termasuklah penyelarasan antara kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan di bawahnya supaya dapat membantu kumpulan tersebut melalui peranan masing-masing.

“Sebab, itu kita cadang supaya ada mekanisme untuk memperbaiki mutu pengeluaran dan hasil supaya lebih mampu berdaya saing dan membantu dari segi pemasaran sama ada dari segi maklumat digital yang dikendalikan kementerian lain. 

“Sebab itu penyelarasan itu penting pengeluaran hasil di Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah tapi penasaran di Kementerian Pertanian maka harus ada penyelarasan yang baik untuk membantu sesama sendiri,” ujarnya. – UTUSAN

ANWAR Ibrahim menyaksikan pertukaran dokumen menerusi memorandum persefahaman (MOU) antara Mara dan Agrobank pada Program Sentuhan Kasih Desan, Mini Karnival Usahawan Desa dan Usahawan Orang Asli di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, hari ini. – UTUSAN / AFIQ RAZALI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya