Artis sekarang lebih mencabar jika mahu jadi penyanyi sepanjang zaman - Utusan Malaysia

Artis sekarang lebih mencabar jika mahu jadi penyanyi sepanjang zaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Maestro muzik, Datuk Ramli MS berpendapat artis baharu di era digital harus bekerja lebih keras jika mahu bergelar penyanyi sepanjang zaman.

Menurutnya, modul penjualan pada masa kini turut berubah dan para penyanyi perlu mempunyai target untuk mengeluarkan album lengkap berbanding hanya sebuah lagu single.

“Penyanyi hari ini lebih cenderung mengeluarkan lagu single. Itu pun terbit setahun sekali. Jadi mereka kena tunggu sepuluh tahun untuk ada sepuluh lagu itupun belum tentu hit.

“Jadi bagaimana mereka mahu mahu hidup selepas berumur 35 tahun ke atas? Untuk bergelar artis sepanjang zaman, penyanyi perlu ada sekurang-kurangnya 12 lagu hit.

“Kita ambil contoh Ella, dia buat album yang memuatkan 10 lagu. Dalan tempoh lima tahu dia sudah ada 18 lagu hit yang boleh menjamin keberadaannya sehingga sekarang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, sekiranya penyanyi hanya fokus kepada penerbitan single, mustahil untuk mereka mengadakan konsert yang berdurasi dua jam.

“Kalau artis cuma ada satu atau dua lagu tapi ingin mengadakan konsert sehingga dua jam, tak perlulah beli tiket mereka.

“Nak buat apa untuk konsert selama 120 minit? Jadi, terbitkanlah album untuk masa depan.

“Penyanyi dulu sangat beruntung kerana modul penjualan lain. Mereka keluar sampai 10 lagu buat album dan single. Setiap enam bulan kena keluarkan single baharu untuk kumpul repertoire bagi enam bulan ke hadapan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya