Anwar tiba di pusat penamaan calon DUN dalam Parlimen Gombak

PRN: Anwar tiba di pusat penamaan calon DUN dalam Parlimen Gombak

ANWAR Ibrahim bersama beberapa pimpinan parti Kerajaan Perpaduan tiba di SMK Sungai Pusu, Gombak, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di sini sekitar pukul 8.45 pagi ini bagi memberi sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Gombak.

Perdana Menteri diiringi beberapa pemimpin parti kerajaan antaranya Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Kehadiran Anwar dan pemimpin Kerajaan Perpaduan bagaimanapun tanpa diringi kumpulan penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) serta calon mereka.

Dalam Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari mewakili parti kerajaan bertanding di DUN Sungai Tua, manakala Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Juwairiya Zulkifli masing-masing bertanding di DUN Gombak Setia dan DUN Hulu Kelang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya