Anwar cadang Amirudin kekal MB Selangor - Utusan Malaysia

Anwar cadang Amirudin kekal MB Selangor

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari akan dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenanginya.

Perkara itu diumumkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas melihat prestasi Selangor yang mempunyai pertumbuhan ekonomi sehingga meyakinkan pelaburan-pelaburan asing.

“Jadi, saya terangkan ini, kalau Malaysia tak ada pelaburan asing, ringgit tak akan kuat, pertumbuhan tidak akan meningkat, pertumbuhan ekonomi suku tahun pertama dan Selangor nombor satu, sebab itu kita cadang untuk kekal Amirudin sebagai Menteri Besar, ini kali pertama saya umum rasmi, dia pun terkejut.

“Sebab pertumbuhan ekonomi baik, berapa suku tahun pertama tahun ini, 5.6 peratus. Ini paling tinggi banding dengan China, Singapura dan Indonesia, kita lebih tinggi. Pelaburan setakat suku tahun pertama, RM71 bilion ini tak termasuk yang Elon Musk, Aramco dan Geely yang saya baru terima surat malam tadi. Sebab politik itu stabil,” katanya ketika berucap pada Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor, hari ini.

Amirudin yang juga merupakan Pengerusi PH Selangor sebelum ini dilantik menjadi Menteri Besar yang ketiga sejak pertukaran kerajaan daripada BN kepada PH pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Ke-16 ketika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan selepas PRU14 tahun 2018 bagi menyertai Kabinet pada pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya