Annuar cabar Kit Siang percepat saman - Utusan Malaysia

Annuar cabar Kit Siang percepat saman

ANNUAR Musa (barisan depan, empat dari kanan) bersama pemimpin PN pada program Jelajah Mega PN Best, Himpunan Teguh Pertahan Terengganu di Dataran Jambatan Angkat, Kuala Terengganu, malam tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa mencabar pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang segera mengambil tindakan saman terhadapnya susulan kenyataan beliau mengaitkan parti dan bekas pemimpinnya itu dengan tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Ahli Pas baharu itu berkata, walaupun Kit Siang mahu mengambil tindakan tersebut namun beliau akan mengulangi dakwaan tersebut sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Kit Siang kata nak saman ambo (saya). Tolong kirim salam. Dia (Kit Siang) silap orang pilih nak saman, ambo minta Kit Siang percepat proses menyaman saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Mega PN Best, Himpunan Teguh Pertahan Terengganu di Dataran Jambatan Angkat di sini, malam tadi.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut hadir Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Pada masa sama, menurut Annuar, beliau juga mempunyai banak bukti untuk dikemukakan dalam mahkamah sekiranya Kit Siang mengambil tindakan saman terhadapnya.

“Saya ada banyak lagi bahan (berkaitan DAP) untuk saya kemukakan bila saya disaman,” ujarnya.

Terdahulu, Kit Siang yang juga bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri memaklumkan telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Setiausaha Agung UMNO itu susulan dakwaan berkenaan.

Annuar dilaporkan mengeluar kenyataan tersebut ketika berceramah di Bachok Kelantan apabila mengaitkan Kit Siang dengan insiden 13 Mei 1969 sewaktu pilihan raya umum pertama yang disertai DAP pada tahun yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya