Anis Al Idrus kembali sendiri, umum bercerai - Utusan Malaysia

Anis Al Idrus kembali sendiri, umum bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Anis Al Idrus mengesahkan dia sudah bercerai dengan suaminya, Aiman Rafzan sejak tahun lalu.

Penyanyi lagu Mengapa itu memberitahu, dia dan bekas suami membuat keputusan tersebut selepas perbincangan secara matang dan baik.

“Ya, saya kini kembali sendiri. Alhamdulillah, Tuhan sudah susun dengan baik. Kita hanya mampu merancang tetapi Dia tahu apa yang terbaik.

“Kami berpisah secara baik tahun lepas. Syukur, semua urusan dipermudahkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ditanya mengapa mengambil masa yang lama sebelum mengumumkan berita tersebut, jelas pelakon Duda Terlajak Laris itu, dia memerlukan masa sendiri untuk bersedia mendedahkan perkara tersebut.

“Bukan mahu merahsiakan tetapi bagi saya, cukup untuk keluarga dan teman-teman rapat tahu dahulu. Apabila sudah bersedia, saya umum,” ujarnya.

Menerusi media sosialnya juga, Anis turut mengumumkan berita tersebut dan dalam pada masa yang sama meminta doa yang baik-baik daripada peminat.

“Apabila usia bertukar tahun, saya tetap berdiri dan bersedia untuk menghadapi lembaran baharu dengan tangan terbuka.

“Kehidupan ini ada pasang surutnya dan saya bersyukur dengan jalan yang Tuhan tetapkan sehingga membawa saya untuk kembali sendiri.

“Saya percaya dengan suratan, qada dan qadar Tuhan. Saya juga sedar, setiap yang berlaku ada hikmahnya,” katanya.

Anis yang juga pengacara dan usahawan mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya pada 7 Julai 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya