Anggota polis jangan jadi 'duri dalam daging' rakan sepasukan - Utusan Malaysia

Anggota polis jangan jadi ‘duri dalam daging’ rakan sepasukan

MOHD. Yusri Hassan Basri memeriksa perbarisan kawalan kehormatan pada majlis Perhimpunan Khas sempena lawatan kerja rasmi beliau di IPD Manjung hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Anggota dan pegawai polis diingatkan agar tidak menjadi ‘duri dalam daging’ dan racun kepada rakan sepasukan dengan menimbulkan pelbagai masalah dan kesalahan disiplin yang mencemarkan nama baik pasukan itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, ramai pegawai dan anggota pasukan itu yang mahu bertugas dengan cemerlang, berintegriti dan berdisiplin tetapi dirosakkan dengan segelintir anggota yang bermasalah.

“Anggota jangan menjadi seperti nila (yang merosakkan susu sebelanga) kepada anggota lain yang mahu bertugas mendapatkan pendapatan yang halal,” katanya berucap pada majlis Perhimpunan Khas sempena lawatan kerja rasmi beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah.

Menurut Mohd. Yusri, pegawai dan anggota harus melihat tugasan mereka sebagai jihad di jalan Allah dan tidak mengulangi kesilapan dilakukan anggota yang telah dibuang kerja, ditahan kerja dan diturunkan pangkat sebelum ini.

Jelasnya, orang ramai sentiasa melihat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai agensi yang diharapkan apabila mereka menghadapi masalah, memerlukan perlindungan serta keselamatan.

Justeru, nasihat beliau agar pegawai dan anggota polis menjalankan tugas dengan integriti, berdisiplin, bersemangat dan berlandaskan undang-undang agar sentiasa dipandang tinggi dan mendapat kepercayaan masyarakat.

Pada masa sama, tegasnya, pegawai dan anggota pasukan itu perlu melaksanakan tugas dengan tata kelola yang baik, mental yang kuat serta mengetahui peranan tugasan yang diberikan.

“Semua pegawai, penyelia dan anggota perlu memahami tugasan masing-masing, mengikut arahan dan jangan melakukan perkara yang dilarang,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya