Angelica Petra pertaruh Detik - Utusan Malaysia

Angelica Petra pertaruh Detik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas merakamkan single pertama, Selamanya Bersama dua tahun lalu, kini penyanyi cilik Angelica Petra mempertaruhkan pula single kedua berjudul Detik. 

Seperti lagu sulungnya, Detik juga mendapat sentuhan Mark Adam, yang merupakan guru muzik kepada penyanyi berusia 11 tahun itu. 

Mark mengakui potensi dimiliki Angelica dalam bidang nyanyian dan menyifatkan penyanyi tersebut sebagai rajin dan berkeinginan tinggi terhadap bidang muzik.

“Ketika mengajarnya, saya mengesan kelebihan Angelica dalam menyanyikan beberapa genre lagu. Bahkan, dia sangat rajin yang mempunyai sikap atau keinginan yang tinggi untuk faham tentang muzik dan lagu,” kongsinya. 

Mengulas tentang Detik, Mark menceritakan kesukaran menghasilkan lagu tersebut dalam keadaan masyarakat terpaksa berkurung ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2021. 

“Lagu ini menceritakan tentang persahabatan dan kerinduan kerana terpisah dan saling berjauhan. Apa yang ada ketika itu adalah sebuah memori dan kenangan.

“Sesi rakamannya mencabar kerana dibuat semasa PKP. Jadi Angelica sendiri terpaksa belajar dengan beberapa cara sama ada secara online atau offline untuk menghasilkan lagu ini. 

“Angelica juga ketika itu sedang meneroka genre yang baru untuk dirinya iaitu Pop Standard,” jelasnya. 

Mark juga menyebut tentang keistimewaan lagu ini yang terletak pada lirik dan melodinya. Katanya, melodi lagu berkenaan cukup kuat dan mampu membuahkan perasaan rindu dalam kalangan pendengar. 

IBU BERI SOKONGAN

Angelica dianggap bertuah kerana ibunya yang juga pemilik syarikat D’Ayu Muzik, Datuk Rosmarayu Mokhtar merupakan individu paling kuat menyokong pembabitannya dalam bidang seni suara. 

Ayu dalam kenyataan berkata, dia gembira dengan perkembangan anaknya itu yang semakin matang serta gigih mengejar impian untuk menjadi seorang penyanyi. 

“Pengalaman pertamanya menerusi lagu Selamanya Bersama ketika usianya baru sembilan tahun benar-benar memberi kesan positif terhadap minatnya dalam dunia nyanyian. 

“Kini, saya percaya anak saya ini semakin matang serta bertambah faham dengan dunia nyanyian,” jelasnya yang memberi jaminan pelajaran Angelica tidak terganggu meskipun sibuk mengembangkan kerjaya dalam dunia seni suara. 

Lagu Detik yang dilancarkan sejak 30 Jun lalu sudah memasuki fasa terakhir pelancarannya dengan muzik video yang sudah ditayangkan di saluran Youtube D’Ayu Music. Ia juga boleh diperdengarkan di semua platform penstriman digital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya