KOTA TINGGI: Seorang anak peneroka di Felda Bukit Aping Timur di sini mampu meraih pendapatan sampingan lebih RM3,000 sebulan dengan mengusahakan kebun jagung di kampung tersebut. Fadzil Ramlan, 55 berkata, dia yang sebelum ini pernah menjalankan perniagaan sendiri memang berimpian untuk menetap di kampung dan menceburkan diri dalam bidang pertanian selepas ‘pencen’. Bapa kepada lima orang anak itu berkata, tambahan pula dia mengambil jurusan dalam bidang pertanian ketika belajar Universiti Putra Malaysia (UPM) satu ketika dahulu. “Saya memang minat pertanian tetapi lepas habis belajar keperluan untuk mencari duit ketika itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya