Amaran hujan berterusan di Sabah, Sarawak dan WP Labuan

Amaran hujan berterusan di Sabah, Sarawak dan WP Labuan

hujan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan selama tiga hari bermula hari ini.

Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran hujan berterusan (waspada) melibatkan kawasan Limbang, Sarawak, Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, satu sistem tekanan rendah dijangka terbentuk di barat Filipina dan bergerak ke arah barat laut menuju ke selatan China. Keadaan ini dijangka menyebabkan peningkatan kelajuan dan penumpuan angin baratan di perairan barat Sabah dan utara Sarawak dalam tempoh 13 hingga 15 Julai ini.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut. Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan turut berkuat kuasa pada 15 hingga 18 Julai,” katanya dalam satu kenyataan.

 Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Talian hotline Met Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya