Amanah selesai isu pertikaian calon di DUN Morib - Utusan Malaysia

Amanah selesai isu pertikaian calon di DUN Morib

Calon Morib
HASNUL Baharudin dan Rosnizan Ahmad diumum sebagai calon DUN Morib bagi PRN pada penamaan calon di Institut Latihan Perindustrian Bandar Baru Banting, Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Isu pertikaian pemilihan Timbalan Speaker, Hasnul Baharuddin sebagai calon di DUN N.53 Morib selesai beliau hadir di pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang penamaan calon mewakili Pakatan Harapan (PH).

Isu tersebut diselesaikan Ketua Kawasan Amanah Kuala Langat, Mohd. Shafiee Harun bersama Hasnul yang memaklumkan kedua-dua pihak akhirnya bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan parti.

“Selepas pengumuman barisan calon-calon dari Amanah oleh Presiden (Datuk Seri Mohamad Sabu) saya dan Mohd.Safiee pada dasarnya setuju untuk bersama-sama mempertahankan kerusi DUN Morib.

“Jentera akan digerakkan untuk berkempen turun padang bertemu pengundi dan saya harap semua fokus kepada kemenangan parti,” katanya ketika ditemui selepas penaman calon di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bandar Baru Banting, hari ini.

Terdahulu Hasnul berdepan risiko tidak bertanding apabila kepimpinan Amanah di situ enggan menamakan beliau sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini selepas mengatakan penyandang DUN Morib itu sudah pun dua penggal menjadi wakil rakyat.

Menurut Mohd. Safiee, bersama – sama sayap Pemuda, Wanita (Awan) dan Wanita Muda (Warda) kawasan tersebut, menegaskan mereka menolak Hasnul menjadi calon PH untuk DUN tersebut sekali lagi.

Justeru, Amanah dalam satu kenyataan sebelum ini menggesa pucuk pimpinan memilih calon baharu bagi mewakili kerusi Morib.

Pada sesi penamaan calon hari ini Hasnul dicadang oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Yahya Mustafa dan akan dicabar oleh calon Parti Perikatan Nasional (PN), Rosnizan Ahmad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya