Akta hasutan: Sanusi tak mengaku bersalah

Sanusi mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghasut

MUHAMMAD SANUSI tiba di Mahkamah Selayang pagi ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebentar tadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan mempunyai kecenderungan menghasut yang boleh menimbulkan rasa tidak setia terhadap mana-mana raja pada pukul 11 malam, 11 Julai lalu di simpang empat Taman Selayang Mutiara di sini.

 

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh.

Muhammad Sanusi yang dikawal ketat oleh anggota polis akan dibawa ke Mahkamah Sesyen seterusnya bagi menghadapi pertuduhan kedua.

Sementara itu kira-kira pukul 3 pagi tadi Menteri Besar Kedah itu ditahan polis di satu lokasi di ibu negara.

Difahamkan, Pengarah Pilihan Raya Pas itu ditahan polis di sebuah hotel penginapan dalam Lembah Klang dan kemudian dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(A) Akta Hasutan 1948.

Menurutnya, Muhammad Sanusi ketika itu baharu sahaja pulang dari mesyuarat Perikatan Nasional (PN).

Menurut kronologi ditunjukkan individu tersebut, pada pukul 2.30 pagi dipercayai lebih kurang 20 anggota polis berada di luar pintu bilik penginapan Muhammad Sanusi.

“YAB MB dibawa keluar dari bilik penginapan ke bawah. YAB diarah menaiki sebuah MPV menuju ke Balai Polis IPD Gombak,” dakwanya.

Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Sanusi dalam satu siri ceramah anjuran Perikatan Nasional (PN) didakwa mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Sultan Selangor.

Menerusi video tular tersebut, Muhammad Sanusi turut didakwa meremehkan pelantikan Menteri Besar, Datuk Amirudin Shari. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya