AKSB sedia lori tangki bergerak atasi bekalan di UM Bachok

AKSB sedia lori tangki bergerak atasi masalah bekalan di UM Bachok

Kira-kira 300 pelajar Asasi Pangajian Islam Universiti Malaya kampus Bachok, Kelantan berdepan krisis bekalan air bersih sejak 22 Julai lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn. Bhd. menyediakan perkhidmatan lori bergerak sebagai usaha mengatasi masalah gangguan bekalan yang sedang menghantui lebih 300 pelajar di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di Bachok, ketika ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengurus Besarnya Dr. Nazmi Ghazali Azmi berkata, AKSB sentiasa menyelaras bekalan berpandukan kepada permintaan pihak pengurusan UM.

Menurutnya, usaha itu memastikan keperluan semasa dan keselesaan penuntut dapat dipenuhi dengan sebaik mungkin.

“AKSB sudah mengadakan mesyuarat bagi menyelesaikan krisis air yang sedang berlaku ketika ini.

“Tindakan bersama termasuk penggalian telaga (perigi) dalam kawasan kampus di Kampung Telong, di sini telah dilaksanakan. Malangnya sumber (air telaha atau deep well) yang digali menghasilkan air yang payau (masam kelat) dan tidak boleh digunakan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada Rabu lepas (26 Julai) Utusan Malaysia melaporkan masalah bekalan air di UM Kampus Bachok telah menggangu rutin harian kira-kira 300 penuntut program Asasi Pengajian Islam sejak hari pendaftaran pada 22 Julai lalu.

Nazmi memberitahu, pendekatan alternatif terpaksa diambil dengan menggali telaga cetek sahaja berasaskan ukuran ke dalaman dalam bumi sebagaimana telaga tiub yang dibina di kawasan rumah.

“Kaedah ini gagal memenuhi keperluan pengguna dan terpaksa menghantar ‘tanker’ untuk bekalan air.

“Bagi menambah kuantiti dan kekerapan penghantaran ia tertakluk kepada permintaan pihak pengurusan UM berasaskan keperluan semasa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya