PUTRAJAYA – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) memaklumkan akaun Facebook rasmi EAIC digodam pada pukul 11.00 pagi hari ini.
Menurut kenyataan agensi itu, laman sosial di alamat https://www.facebook.com/eaicofficial itu sehingga kini masih tidak dapat diakses oleh semua pentadbir akaun.
Susulan itu, EAIC sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan kembali akses ke akaun tersebut.
“Sehubungan dengan itu, EAIC dengan ini menafikan sebarang status atau kenyataan yang dimuat naik di laman itu selepas pukul 11.00 pagi hari ini. – UTUSAN