Ahmad Said sedih Azlan derita hidap gout kronik - Utusan Malaysia

Ahmad Said sedih Azlan derita hidap gout kronik

AHMAD Said memperkatakan sesuatu kepada Azlan Bahrum di kediamannya di  Pangsapuri Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu,  hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Penderitaan bekas jurugambar Utusan Malaysia, Azlan Bahrum, 39, yang menghidap penyakit gout kronik mendapat perhatian Pengerusi UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit menziarahi Azlan di kediamannya di  Pangsapuri Ladang Tok Pelam, di sini, hari ini.

Ahmad berkata, beliau sedih dengan kesakitan yang menimpa bekas jurugambar itu memandangkan Azlan seorang yang  berdedikasi dan sering memberi liputan terbaik sepanjang bertugas dahulu.

“Kita harap Azlan akan terus tabah dengan ujian ini dan UMNO Terengganu akan menyalurkan bantuan berdasarkan keperluan semasa,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi Azlan di  Pangsapuri Ladang Tok Pelam, di sini, hari ini

Azlan yang berkahwin dengan Norhaspida Yatim, 37, juga wartawan akhbar tempatan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Aqif Rayyan, 10; Awatif Nur Adawiyah, 9, dan Awfiyah Nur Umairah, 7.

Azlan yang menderita pe­nyakit gout kronik kini tidak mampu lagi bekerja seperti biasa kerana semua sendinya bengkak akibat lebihan asid urik.

Sementara itu, Norhaspida berkata, kunjungan Ahmad itu sangat dihargai kerana dapat memberi sokongan moral kepada mereka sekeluarga.

“Kami suami isteri tidak berputus asa mendapatkan rawatan untuk mengurangkan kesakitan Azlan dengan pelbagai kaedah serta ikhtiar.

“Alhamdulillah, kerana rakan-rakan banyak membantu kami sekeluarga sekiranya diperlukan. Ketika ini, tahap kesihatan suami masih tidak stabil adakalanya sakit teruk sejak hari raya Aidiladha lalu.

“Azlan juga tidak boleh menguruskan rutin harian dengan sempurna dan memerlukan bantuan saya serta anak-anak untuk menjaganya dengan rapi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya