Ahmad Said ditentang Razali di DUN Kijal - Utusan Malaysia

Ahmad Said ditentang Razali di DUN Kijal

AHMAD Said (kanan) dan Razali Idris
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO  Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berdepan satu lawan satu dengan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris, bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan. 

Ahmad yang merupakan bekas Menteri Besar Terengganu dan penyandang kerusi DUN Kijal sejak 1990, mewakili Barisan Nasional (BN) dicabar Razali yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN). 

Ahmad bersama pencadangnya, Hassan Ali dan penyokong, Kamaruddin Ali selesai menyerahkan borang pencalonan kira-kira pukul 9.04 pagi diikuti Razali bersama pencadangnya, Zawawi Mohamed dan penyokong, Aziman Hadi Nazri, pukul 9.11 pagi. 

Pengumuman tamat penyerahan borang penamaan calon diumumkan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Negeri, DUN Kijal, Hanum Isa@Ghazali kira-kira pukul 10 pagi. 

Proses penamaan calon berjalan lancar tanpa sebarang provokasi meskipun lebih 5,000 penyokong kedua-kedua belah pihak saling berbalas sorakan menyatakan sokongan kepada capik masing-masing. 

Ahmad dan Razali turut dilihat berbual mesra sepanjang proses penamaan calon. 

Pada PRU14, dalam pertembungan tiga penjuru, Ahmad mempertahankan kerusinya yang disandangnya selama sembilan penggal, dengan jumlah undi sebanyak 9,545.

Hazri Jusoh yang mewakili Pas memperoleh 8,280 undi manakala calon PKR, Datuk Seri Wan Marzuki Wan Sembok hilang deposit dengan 1,472. undi. 

Untuk rekod, DUN Kijal mempunyai 29,491 pengundi. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya